0
Komen

Kenapa Perempuan Menangis ..

yessssssssss .. lelaki nieyh kadang2 takk fhm perempuan . Kalao perempuan menangis je mesty ade yg kate itu lahh ini lahh and sometimes buat endah takk endah je .. Saket hati kan ?? Hari nieyh bace lahh korang kenape perempuan suke menangis ... yeaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh ;)

TERKENANGKAN SESUATU
Em .. Teringat zaman silam pasti memberi reaksi yang berbeza-beza mengikut mood ketika itu .. Waktu gembira tentu mereka akan tersenyum ceriakan .. Begitu juga di kala terkenang waktu sedih , air mata pasti akan mengalir ..

INGIN MEMANIPULASI KEADAAN
Rasa bersalah dan malu seringkali diungkapkan oleh perempuan dengan menangis .. Perkara ini dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian dan usaha bagi menutupi kesalahan dari pasangan agar tidak marah dan kecewa dengan dirinya .. Sikap ini seperti kebudak-budakkan tetapi hanya inilah sahaja jalan bagi memohon kemaafan atau sekadar untuk bermanja-manja dengan pasangannya .. HEHE ;p

FAKTOR HORMON
Waktu menstruasi perempuan memang menyebabkan mereka cenderung untuk rasa sensitif , marah-marah dan sukar mengawal perasaan apatah lagi dengan perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan .. Kadang-kadang hanya kerana hal kecil sahaja seperti terlupa beli barangan yang dipesan , perempuan ini terus terasa dan menangis .. Isteri juga boleh tiba-tiba marah dan menyebabkan lelaki akan lebih kebingungan menghadapi sikap tersebut .. Am i right ?
PERASAAN EMOSI
Jika pasangan mendapati perempuan menangis bukan disebabkan perubahan hormon atau memanipulasi keadaan , barangkali faktor emosi pula yang menyebabkan mereka jadi seperti itu .. Banyak faktor yang menyebabkan perempuan emosi seperti kekecewaan , sakit hati , kesedihan atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan .. Ketika emosi perempuah sedang memuncak dan tidak bertemu tempat untuk mencurahkan isi hatinya , kebiasaannya menangis adalah jalan penyelesaian yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya ..

AMARAH
Ada pelbagai cara perempuan mengatasi rasa marah seperti menjerit , membebel tanpa henti , bersikap kasar , berdiam diri dan boleh jadi juga hanya mampu menangis .. Tangisan ini kadang-kadang akan membuat orang di sekeliling terutamannya pasangan menerima tempiasnya .. Jika sudah demikian , wanita ingin sekali di beri perhatian , di dampingi dan keluhannya didengari oleh suami , teman lelaki , teman dan juga ibu bapa mereka .. Melalui cara itu ia mampu meredakan rasa amarahnya kerana perempuan akan berasa kuat dari orang sekeliling yang mampu memahami situasi dihadapinya ..

p/s : lelaki adalah tunjang kekuatan bagi perempuan .. Sayang lahh dorang seadanya .. Insyaallah , dorang boleh faham korang balikk ..


credit to : suffrayyan


Eh Belum Habis Lagi .. Like Kejap

0 budakk comel komen :):






(

close

push